Wednesday, March 14, 2007

Pakej Gerenti Lulus

Following the previous post regarding super driving schools that offer Pakej Gerenti Lulus, here is a story i found on the internet.



Edisi KL: Lulus asal beri JPJ duit kopi


KUALA LUMPUR: “Biasanya kalau kita bagi ‘duit kopi’ kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua calon yang menduduki ujian (memandu) akan lulus,” kata seorang petugas wanita sebuah sekolah memandu di sini, semalam.

Petugas terbabit yang berumur lingkungan 30-an mengulas pemberian ‘lesen gerenti lulus’ L (latihan) kepada calon sekolah memandu walaupun gagal dalam ujian dijalankan JPJ.

Bagaimanapun, menurutnya, lesen gerenti lulus L kebanyakannya hanya diberikan kepada sekolah memandu besar yang sudah punya nama dan mempunyai hubungan lebih akrab dengan segelintir pegawai JPJ.

“Kegiatan menawarkan lesen L ekspres ini bertujuan menarik minat orang ramai untuk belajar memandu di sekolah yang menawarkan khidmat itu berikutan persaingan yang tinggi di kalangan pengusaha sekolah memandu.

“Bagaimanapun, lesen L ekspres itu hanya ditawarkan kepada pemegang lesen ‘P’ atau lesen penuh yang pernah memiliki lesen L sebelum membuat permohonan bagi lesen tambahan,” katanya.

Persaingan merebut pelanggan antara sekolah memandu itu juga menyebabkan ada pengusaha mendakwa sekolah memandu tertentu turut menawarkan lesen gerenti lulus iaitu calon yang dijamin mendapat lesen walaupun gagal ketika ujian dikendalikan JPJ.

Untuk mendapat kepastian berkaitan kewujudan penyelewengan lesen lesen gerenti lulus L dan lesen penuh, wartawan Harian Metro membuat pembongkaran selepas menyamar sebagai calon memandu yang terdesak mendapatkan lesen.

Dua daripada kawasan yang menjadi tumpuan pembongkaran aktiviti sekolah memandu itu di sekitar Brickfields dan Ampang yang juga cawangan kepada sekolah memandu popular.

0 Comments: